0Item(s)
0 0

SEJARAH AWAL PEMBANGUNAN MANTIN DI NEGERI SEMBILAN

Product Code EA3720
Product Name: SEJARAH AWAL PEMBANGUNAN MANTIN DI NEGERI SEMBILAN
Category: AAA Penulis
Star Rating: Not Available
Printable: NO
Original Price: RM 20.00
After Discount: RM 19.00
  ECopy (PDF) via Email

SEJARAH AWAL PEMBANGUNAN MANTIN DI NEGERI SEMBILAN

Buku ini membincangkan penerokaan, pembukaan dan perkembangan Mantin pada abad ke-19 dan ke-20. Sebagai petempatan yang berkembang maju, Mantin kaya dengan khazanah pensejarahan khasnya semasa penjajahan British, pentadbiran Jepun dan selepas kemerdekaan negara Malaysia pada tahun 1957. Pembangunan Mantin distruktur setelah campur tangan British di Sungai Ujong pada tahun 1874. Pembangunan Mantin banyak dipengaruhi oleh faktor ekonomi khasnya perusahaan bijih timah dan perladangan getah. Faktor ini mempengaruhi pola petempatan penduduk pelbagai kaum khasnya Cina, India dan Melayu di Mantin pada abad ke-20. Mantin juga mengalami kemajuan dari segi pendidikan, kesihatan dan kemudahan awam yang lain. Buku ini mengandungi lima bab iaitu Mantin dalam Gagasan Negeri Sembilan(Bab 1), Latar Belakang Penduduk Mantin(Bab 2), Pembangunan Landskap Mantin(Bab 3), Perusahaan Ladang Getah di Mantin(Bab 4) dan Mantin sebagai Entiti Perundangan(Bab 5). Bab 1 membincangkan asal usul Mantin, pembentukan gagasan Negeri Sembilan dan kedudukan Mantin dalam kawasan pentadbiran daerah dan adat. Bab 2 pula membincangkan asal usul penduduk dan demografi petempatan di sekitar Mantin. Bab 3 membincangkan kehadiran kaum Cina, perkaitan mereka dengan konflik antara pembesar negeri, perlombongan bijih timah, penstrukturan landskap Mantin, dan perkembangan pendidikan di kawasan Mantin. Bab 4 membincangkan kehadiran kaum India dan perusahaan getah berskala besar di kawasan Mantin. Bab 5 mengisahkan fungsi Mantin sebagai entiti politik dan perundangan yakni, pemilihan wakil rakyat untuk kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri Sembilan dan Parlimen Malaysia.


Currently No Review